Tuesday, June 16, 2009

Mengenai D'Mawar Chalet

D'Mawar Chalet adalah sebuah resort yang bertempat di Bandar Tanah Merah, kelantan. Kedudukannya yang strategik, memudahkan anda untuk ke mana-mana sahaja seperti kedai runcit, pasar besar tanah merah, kedai makan, kemudahan bank, stesen kereta api, stesen bas dan sebgainya. Malah di chalet ini juga mempunyai cafe sendiri. Antara kemudahan yang terdapat di D' Mawar Chalet adalah seperti berikut:

1. Dewan Besar (sesuai untuk kegunaan pelbagai majlis spt perkahwinan, hari raya,seminar, kursus dan sebagiainya.)
2. Cafe D' Mawar(menyediakan pelbagai masakan tempatan yang lazat dan enak)
3. Sewaan kereta(kami menyediakan kereta untuk disewa sebagai kemudahan para pelanggan)
4. Bilik berhawa dingin(kami menyediakn bilik ala rumah kampung yang di lengkapi peralatan penghawa dingin untuk keselesaan anda)
5. Kelengkapan bilik(di setiap bilik, kami memuatkan 2 buah katil bersaiz 'Queen' , televisyen, kerusi, kipas, water heater,peti sejuk-bergantung kepada jenis bilik)

Buat masa ini, di Chalet kami mempunyai 29 buah bilik yang sedia ada. Malahan kami dalam proses untuk menambah lagi 50 buah bilik untuk menampung lebih ramai pelanggan. Ianya dijangka siap pada akhir tahun ini.

Sepanjang kami beroperasi, chalet kami adalah satu-satunya chalet yang berkonsepkan rumah kampung ala resort. Anda boleh menikmati suasana kampung di halaman chalet. Malah, Chalet kami juga sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara dan juga orang kenamaan.

Jika anda berminat, boleh lah mengubungi kami di talian :

Pn. Rahaida(Tanah Merah)
Tel: +609-955 6626
Fax: +609-955 6300

En Ahmad Rezal( Kuala Lumpur)
Tel: +603-8023 9008
Fax: +603-8024 8071





4 comments:

  1. Tahniah di atas kegigihan dan ketekunan anak melayu kelantan bankit dlm perniagaan perhotelan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah di atas kegigihan dan ketekunan anak melayu kelantan bankit dlm perniagaan perhotelan.

    ReplyDelete
  3. Indah kabar dari rupa .. lain kali kalu nak niaga jangan kencing .. gambar mula bukak x sama dng sekarang ..

    ReplyDelete